AKU

Dulunya aku seorang yang ceria, petah berkata-kata, senyuman tak pernah lekang dan sentiasa yakin dengan diri sendiri. Tapi entah kenapa sejak ditindas bangsaku sendiri, aku terus jadi pasif. Bukan diriku.

Pernah aku salahkan diriku tapi aku memberontak. Tiada siapa cuba memahami dan menyelami diri aku. Mungkin aku bukanlah keutamaan mereka.

Tapi aku juga manusia. Aku layak menerima layanan dan keprihatian kalian untuk aku kembali bangkit saat keluargaku menentang keputusanku.

Tapi kini aku sedar bahawasanya semua itu hanyalah nista. Dek kerana kejahilan dan kebodohan aku sendiri, aku hilang kepercayaan pada orang di sekelilingku. Entah apa di fikiranku sekarang.

Dah ke tahun baru, sudah tiba masanya aku move on dan kembali bangkit menentang keegoan diri. Buktikan pada si pencerca bahawa aku bukan loser. Ya aku bukan loser.

Keknis | 4 Januari 2020 | Sabtu | 9.30 malam

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started